Manifesto Rakyat

Rakyat Menuntut Perubahan


Kami, rakyat Malaysia dari pelbagai sektor masyarakat menyatakan tuntutan,  menyuarakan keprihatinan kami dan hasrat kami untuk sebuah negara Malaysia yang adil, demokrasi dan saksama. Kami menuntut hal-hal berikut setelah meneliti lebih lanjut keadaan semasa sosio-ekonomi, budaya dan politik rakyat negara ini. Kami sedar bahawa kita adalah satu masyarakat yang bersatu padu yang diperkayakan lagi oleh perbezaan dan kepelbagaian.

Tuntutan dan hasrat kami ini mempunyai kesan-kesan ke atas masa depan rakyat negara ini. Oleh itu,
cadangan-cadangan yang dikemukakan di sini sewajarnya dilihat sebagai satu kumpulan penyelesaian kepada masalah dan kesulitan yang sedang dialami oleh rakyat negara ini.

Manifesto Rakyat ini mengemukakan cadangan satu strategi pembangunan yang meletakkan manusia di
tengah-tengah sistem pembangunan dan politik. Sistem seumpama ini memerlukan dan mengakibatkan satu sistem politik yang tidak berteraskan kaum, satu sistem pengagihan kekayaan yang saksama, perkongsian
sumber-sumber awam di kalangan anggota-anggota masyarakat, ketinggian kuasa rakyat di atas kuasa
kerajaan, penyertaan orang ramai dalam kehidupan berpolitik di negara ini dan juga peningkatkan rohani.

Kami mengemukakan Manifesto Rakyat - Rakyat Menuntut Perubahan - sebagai satu langkah ke arah menegakkan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan demokrasi - nilai-nilai yang berakar-umbi dalam pelbagai tradisi rakyat negara ini, agama kita dan termaktub dalam Perlembagaan negara kita.

Bagi mencapai matlamat ini, kami menuntut perkara-perkara berikut.

1. Menjamin Pelaksanaan Demokrasi
Kerajaan mesti meningkatkan tahap perwakilan dan pemantauan dengan mengambil langkah-langkah berikut:

2. Memansuhkan, Menyemak semula dan/atau Meminda Undang-Undang yang Menindas
Terdapat sejumlah undang-undang di negara ini yang mencabuli hak asasi rakyat Malaysia untuk bebas bersuara, berpersatuan dan berkumpul. Justeru itu, kerajaan mesti berjanji:

3.  Menjamin Kebebasan  Institusi-institusi Awam
Institusi-institusi awam seperti Pejabat Peguam Negara (PN), badan kehakiman, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mesti bebas, telus dan mesti bertanggungjawab kepada orang awam. Perlantikan jawatan utama dalam institusi-institusi ini, peranan dan laporan mereka mestilah di bawah penyeliaan terus Parlimen.  Selain dari itu, kami menuntut supaya:

4.  Membasmi Amalan Rasuah, Kronisme dan Nepotisme
Rasuah, kronisme dan nepotisme bukan sahaja merompak harta rakyat tetapi memincangkan pentadbiran kerajaan serta menghakis tanggungjawab kerajaan.  Amalan-amalan ini mesti dihapuskan di semua peringkat pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam. Bidang perniagaan mesti diberikan peluang bersaing secara adil, dan kontrak-kontrak dan saham tidak boleh diagihkan melalui amalan nepotisme, kronisme dan rasuah. BPR mesti dibentuk semula supaya benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Menggubal undang-undang supaya semua wakil-wakil yang dilantik dan pegawai tinggi kerajaan mesti mengumumkan segala bentuk aset.

5.  Menjamin Proses Pilihanraya dan Pilihanraya yang Bebas dan Adil.
Walaupun takrif demokrasi tidak terhad kepada pilihanraya setiap lima tahun, namun pilihanraya yang bebas dan adil adalah unsur penting sistem demokrasi. Agar rakyat boleh menyertai, memantau dan menilai proses pilihanraya dengan lebih berkesan, kerajaan bertanggungjawab membuat perubahan berikut terhadap proses pilihanraya:

6.  Menegakkan dan Memperjuangkan Hak-hak Wanita
Wanita menghadapi diskriminasi, keganasan dan kesulitan dalam banyak aspek kehidupan mereka. Justeru itu, kami menuntut supaya kerajaan mengambil langkah:

7.  Menjamin Pendapatan Minima dan Peluang Pekerjaan
Pekerja-pekerja menampung kehidupan keluarga mereka dan merupakan tulang belakang pembangunan negara. Untuk menjamin supaya semua pekerja di negara ini mempunyai taraf hidup yang baik dan supaya mereka tidak dieksploitasi, undang-undang berkaitan dengan pekerjaan mesti diubah untuk merangkumi hal-hal berikut:

8.  Tidak Boleh Sekali-kali Menswasta atau Mengkorporatkan Perkhidmatan Asas yang Penting
Perkhidmatan asas yang penting seperti kesihatan, bekalan air, pendidikan asas dan elektrik adalah tanggungjawab negara kepada rakyat dan ini hendaklah dimaktubkan di dalam Perlembagaan.  Penswastaan dan pengkorporatan merupakan penghakisan hak demokrasi rakyat dalam menentukan pengurusan sumber dan harta negara. Oleh itu:

9.  Menjamin Kebebasan Media
Media mestilah boleh beroperasi secara bebas tanpa halangan dari kerajaan dan parti-parti politik, sama
ada melalui penggunaan undang-undang yang menindas (seperti Akta Rahsia Rasmi, Akta Penerbitan dan Percetakan, Akta Hasutan) ataupun pemilikan serta kawalan yang tidak adil oleh parti-parti yang memerintah.

 

10.  Mengurangkan Kuasa Polis dan Menjamin Profesionalisme Polis
Pasukan polis adalah penting dalam memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan rakyat dan negara. Mereka diberikan mandat untuk melindungi nyawa, hartabenda dan maruah. Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa kes-kes yang jelas telah ditangani oleh pasukan polis dengan cara yang kurang profesional, tidak bebas dan tidak bertanggungjawab kerana wujudnya undang-undang yang memberikan polis terlampau banyak kuasa tanpa pemantauan dan penelitian yang mencukupi. Profesionalisme polis mesti disemak semula dan dipertingkatkan supaya perkhidmatan mereka kepada rakyat adalah lebih baik. Kami menuntut supaya:

11.  Menjamin Hak Milik Tanah.
Penggunaan tanah untuk pembangunan mestilah diseimbangkan dengan penggunaan tanah untuk keperluan harian termasuklah tempat tinggal, perladangan dan sara diri.  Tiada siapa pun harus hidup dalam ketakutan kerana bakal dihalau keluar secara paksa dari tanah mereka tanpa sebarang perundingan yang terbuka dan adil serta pampasan yang wajar.  Dengan itu, kami menuntut:

12.  Menyediakan Perumahan sebagai Hak untuk Semua
Perumahan awam hendaklah disediakan oleh kerajaan. Rumah yang mampu dibeli, selamat, bermutu dan yang mempunyai sistem perhubungan yang baik mestilah disediakan, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.  Kami menuntut agar:

13.  Menghormati Semua Kaum, Budaya dan Kebebasan Beragama.
Usaha-usaha mestilah dilipat-gandakan untuk mendekatkan semua warga Malaysia tentang kepekaan dalam isu-isu bangsa, budaya dan agama. Malahan, pendidikan mengenai kebudayaan, perhubungan antara kaum dan pendidikan agama mesti diwajibkan di sekolah dan universiti. Kami menuntut supaya:

14.  Memastikan Pengagihan Kekayaan Negara dan Pembasmian Kemiskinan Secara Saksama.
Pengagihan kekayaan negara mestilah berdasarkan keperluan, dengan pertimbangan yang wajar diberikan kepada golongan yang paling memerlukan.

15.  Menjamin Pendidikan untuk Semua.
Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati pendidikan asas yang mesti dijamin di sisi Perlembagaan.  Untuk memastikan setiap rakyat mempunyai hak yang saksama dalam bidang pendidikan yang bermutu tinggi, kami menuntut:

16.  Mengekalkan Persekitaran Semulajadi dan Persekitaran Alam Bina
Pembangunan mestilah seimbang dengan peserkitaran alam (ekologi) agar generasi akan datang mempunyai warisan semula jadi yang sempurna.  Semua projek pembangunan mestilah mesra-alam dan tidak memusnahkan kehidupan komuniti yang bergantung kepada persekitaran semulajadi.  Kami menuntut:

1