Pertama sekali, PKR ialah sebuah parti politik yang mempunyai cita-cita luhur untuk "membentuk masyarakat yang adil dan
negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu" di Malaysia.
Di samping itu, parti ini bukan sahaja berlandaskan kepada matlamat dan asas perjuangan yang mengandungi 17 perkara penting,
malahan ia diterajui oleh teras pimpinan yang jujur dan ikhlas, serta berjiwa besar dan berani untuk menegakkan "keadilan untuk
semua".
Parti Keadilan Rakyat - sebuah parti yang pada kulit dan isinya bersifat rakyat dan berpaksikan kepada ketuanan rakyat.
Berpandukan kepada garis perjuangan PKR ini, maka tidak hairanlah mengapa Anwar berulang-ulang kali menegaskan bahawa
"saya tidak memusuhi orang-orang Umno; yang saya musuhi ialah amalan korupsi, kronisme, nepotisme dan ketidakadilan di
kalangan pemimpin-pemimpin besar mereka…… dan cara pemerintahan yang zalim dan kuku besi".